3 Cedera Lori Cargo Kemalangan Di Bintulu Sarawak

3 Cedera Lori Cargo Kemalangan di Jalan Ulu Sebauh Bintulu Sarawak

tentang kami

Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di lampu isyarat Ulu Sebauh di Bintulu malam tadi.

BINTULU: Tiga individu cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ulu Sebauh, malam tadi 6 Ogos 2024.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergerak ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.39 malam.

Tiada operasi penyelamatan dilakukan oleh pihak bomba kerana kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kemalangan yang membabitkan lori Cargo, 4X4 dan kereta.Kesemua pemandu dilaporkan mengalami cedera ringan.

Selepas mendapatkan semua maklumat berkaitan mangsa dan keadaan didapati selamat, pasukan bomba menamatkan operasi dan bertolak balik ke balai bomba.

Related Post